Skip to main content

Adakah pasangan kepada individu yang akan ke luar negara untuk tujuan pekerjaan, layak untuk vaksinasi awal?

  • Permohonan bagi mendapatkan vaksinasi awal adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan semasa iaitu bagi keperluan individu keluar negara bagi urusan pembelajaran, urusan pekerjaan sektor awam dan swasta dan keperluan perubatan.
  • Permohonan-permohonan lain selain diatas adalah tidak digalakkan dan tidak dapat dipenuhi buat masa ini dan vaksinasi akan diberikan mengikut Fasa Perlaksanaan Semasa.
  • Pasangan tidak diberikan keutamaan untuk menerima vaksinasi awal sebagai mana pemohon dengan urusan pekerjaan di luar negara.
  • Namun, pasangan boleh merujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk kebenaran ke luar negara.