Skip to main content

Adakah PICK membenarkan pemilihan vaksin tertentu bagi tujuan permohonan ke luar negara?

  • Untuk makluman anda, dasar semasa bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak membolehkan orang ramai memilih jenis vaksin. Ia adalah bertujuan bagi mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Pengecualian hanya diberikan kepada:

  • Mereka yang memerlukan jenis vaksin tertentu untuk tujuan perjalanan ke luar negara (belajar / bekerja / perubatan).
  • Untuk ini, permintaan perlu dibuat kepada Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 Persekutuan (CITF) dengan menggunakan aplikasi Helpdesk di MySejahtera untuk tujuan belajar. Bagi tujuan bekerja, sila e-mel ke citf@mosti.gov.my
  • Individu tertentu yang menghidap penyakit kronik atau perubatan yang dikontraindikasikan untuk vaksin tertentu
  • Untuk ini, Borang Penilaian Pra-Vaksinasi (PVA) perlu diisi oleh doktor yang merawat dari kemudahan kesihatan. Perincian seperti jenis vaksin yang sesuai, tempat untuk vaksinasi, dan lain-lain perlu ditulis dalam borang.
  • Sekiranya anda tidak berminat dengan jenis vaksin yang ditawarkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut, anda mempunyai pilihan untuk menolak janji temu tersebut dan mendapatkan semula janji temu baharu yang akan diberi secara automatik oleh aplikasi MySejahtera