Skip to main content

Adakah remaja yang berusia 12 tahun ke atas layak menerima vaksinasi?

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluaskan kepada remaja-remaja bagi kategori seperti berikut:

  • Individu berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu; dan
  • Semua individu berumur 16-17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

Walau bagaimanapun, implementasi pemberian vaksinasi untuk remaja berumur 12-17 tahun ini adalah bergantung kepada bekalan vaksin yang tersedia.